Posted by : IrKun Saturday, April 23, 2011

SMKBG adalah merupakan sebuah sekolah yang telah dibina dan memulakan operasinya pada tahun 1986. Lokasi sekolah yang agak menarik ini terletak di sebuah bukit berhampiran dengan sebuah kampung yang bernama Kampung Bukit Nangka. SMKBG terletak lebih kurang 19 kilometer dari pusat Bandar Kuala Terengganu. Sekolah ini dibina di atas tapak yang mempunyai ukuran keluasan 8.074 hektar.Sekolah ini mendapat namanya disebabkan sekolah ini berada berhampiran kawasan Bukit Guntong yang sudah terdapat Sekolah Kebangsan Bukit Guntong yang didirikan lebih awal.


SMKBG adalah merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan dan di bawah penyeliaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini, sejak dibuka pada tahun 1986, hanya mempunyai satu sesi pembelajaran sahaja iaitu pada sesi pagi.Ketika awal pembukaannya, hanya mempunyai seramai 197 orang pelajar sahaja dan dibantu oleh jumlah guru seramai 12 orang sahaja. Hingga kini jumlah pelajar yang menuntut di SMKBG kian bertambah sehingga hampir mencecah lebih 1000 orang pelajar dan bilangan gurunya seramai 64 orang semuanya. Pada 1989, sebuah kelas agama telah diwujudkan dan mempunyai pelajar seramai 32 orang. Setelah melalui pahit getir sebagai sekolah yang baru dibuka, akhirnya sekolah ini dinaikkan tarafnya kepada sekolah harian gred A pada 1.3.1993.

Sejak SMKBG dibuka pada tahun 1986,seramai 6 orang pengetua telah bersilih ganti memegang tampuk pentadbiran SMKBG.


Visi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong Penjana Modal Insan Terbilang

Misi Sekolah

Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti



PENERANGAN LOGO




MERAH : BERANI MENGHADAPI SEGALA CABARAN



BIRU : PERPADUAN ANTARA PELAJAR- PELAJAR



KUNING : MELAMBANGKAN KECEMERLANGAN GURU DAN PELAJAR DALAM PELBAGAI BIDANG

PUTIH : MELAMBANGKAN KESUCIAN HATI SELURUH

WARGA SEKOLAH
MOTTO : ILMU CAHAYA HIDUP

PIAGAM SEKOLAH

Kami bersedia memberi perkhidmatan yang penyayang, mesra, adil dan saksama kepada semua pelanggan kami seperti berikut :



S edia dengan mempunyai tenaga guru,tenaga pekerja yang berkualiti dan berwibawa, kemudahan fizikal dan peralatan yang mencukupi, mempunyai maklumat yang tepat dan kemaskini serta berkeupayaan menyelesaikan masalah dengan berkesan.



M empertingkatkan pengurusan dan kesempurnaan disiplin, akhlak, sahsiah, khidmat bimbingan kaunseling, kerjaya, kesihatan dan keselamatan sekolah ini.



K erja Kecemerlangan Sebelum Ajal Menerkam wawasan utama.



B erkemampuan mempertingkatkan kecekapan pentadbiran melalui penyeliaan dan penilaian, pengurusan kewangan, kurikulum, kokurikulum, kebersihan dan keceriaan sekolah ini.



G embira dan berusaha mewujudkan kemuafakatan dan penglibatan yang menyeluruh pihak JPN,PPD, Agensi luar, PIBG dan masyarakat amnya di dalam menangani dan memajukan pendidikan di sekolah ini bagi melahirkan insan yang berilmu, beriman, beramal dan bertaqwa.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to My Blog

Popular Post

Blogger templates

test

- Copyright © KELAB ICT -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -